Kegilaan: Saya Mahu Tulis Panjang-Panjang

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Dua, tiga minggu ini, saya rasa sedikit gila. Banyaknya pemendaman-pemendaman yang saya terpaksa buat. Sakitnya tuh di sini. Tapi, belajar falsafah dalam-dalam, saya tahu sememangnya hidup di dunia begini. Penuh kesakitan dan tragedi. Cuma saya tidak berapa bersedia untuk apa yang semester ini sediakan buat saya. I fell in love. I got stuck in my own personalities. Semua ini. Saya sembunyikan semua kegilaan ini dengan banyak buat bising.

Saya sangat paranoid. Personaliti saya kerap bertukar-tukar; dari si ekstrovert kepada si introvert, dari yang penyedih kepada yang periang, dari yang sukakan pesanan pak-pak ustaz kepada yang sukakan dendangan orang-orang Barat (ambivert). Saya tidak mahu mengaku yang saya menghidap dual personality; itu lagi menggilakan. Saya stabil dan (agak) waras.

Ya, kamu baca itu betul


Saya jatuh cinta lagi. Kali ini, bukan cinta segi tiga simetri semua tuu. Pertama kali saya berimaginasi jauh dan panjang mengenai seseorang, sampai membayangkan yang macam-macam (bukan "bukan-bukan"). Sekarang, setiap pukul dua setengah pagi, mata saya terkebil-kebil melayan fikiran tentangnya. Untuk setiap sesi, saya rasa saya sudah jumpa the perfect crime accomplice. Tidak lama kemudian, saya hentikan lamunan, tahu ianya salah.

Kalau kamu nampak tasik yang beku, jangan terlalu gembira berdansa di atasnya. Ditakuti nanti ais retak, kamu terjerumus ke dalam tasik dingin yang mematikan. Hipotermia. Bukan tidak sakit hipotermia tuu. Saya nampak tempohari dalam suatu dokumentari, boleh bawa maut. Maka begitu seharusnya kita mengertikan harapan. Apalagi yang jelas nyata salah. Saya tarik selimut, mengiring ke kanan dan memaksa diri tidur sampai tertidur.

Apparently, I fall in love to a mute person. Bukan kerana dia sombong, tapi mungkin sebab saya sendiri yang punyalah liat macam dodol nak mulakan perbualan (jadi, yang selalu berbual dengan saya, you're out!). Saya hanya pandang dari jauh, menghargai kesan-kesan kehadirannya dan hidup separuh hari dengan pengalaman itu. Ya, macam orang kerek + poyo + kepayang +gelebekyeng! Mungkin self-system saya sudah, apanama, gila.

Jangan kecilkan skop pada IPG saja. Mungkin melangkaui itu. Cubalah cari, saya cabar :P. Dalam kamu mencari-cari siapa manusia malang yang bisu namun dicintai kerana kebisuannya itu, biarlah saya beralih kepada tajuk lain. Bhahaha #evillaugh

Takut tua


Kalau sepucuk pistol diacukan ke kepala orang yang tersayang, lalu saya disuruh untuk takutkan satu benda selain Dia dan kematian, saya memilih untuk takutkan menjadi tua. Oh Tuhan, bayangan menjadi tua dan tidak mampu lagi melompat-lompat dari satu bumbung ke bumbung lain dengan kawan tercinta sungguh mengerikan. Masa, berhentilah, wahai masa! Kasihanilah anak manusia ini. Yang banyak mensia-siakanmu dengan perkara batil.

Tua mewajibkan engkau untuk semakin mendekati Tuhan (bahh, usia muda lagi patut). Bila rambut putih kau mengatasi rambut hitam engkau, urat-urat kau mulai timbul, kulit kau mulai menampakkan bentuk-bentuk segi tiga merekah-rekah, mata kau semakin kerap mengabur, lidah kau mulai kehilangan rasa, tulang-tulang kau berkeriut setiap kali kau bergerak; fenomena ini saya boleh hadapi seperti seorang anak jantan. Tapi, terpaksa berhenti jadi muda...

Banyak lagi yang saya (kita) belum buat sama-sama. Banyak lagi makanan tepi jalan yang kita belum rasa sama-sama. Banyak lagi resort-resort dan chalet-chalet yang kita tidur di dalamnya sama-sama. Banyakn lagi keajaiban dunia yang belum kita panjat sama-sama (satu pun belum). Dan kita semakin merangkak tua. Semakin berkomitmen. Semakin "dewasa". Jujur, saya mahu muda selama-lamanya; "aku ingin hidup seribu tahun lagi", tukas Chairill Anuar.

Tadi dalam perjalanan pulang dari sekolah praktikum, kengerian menjadi tua dan kenangan tentang si bisu bercanggahan dalam kepala. Sepanjang perjalanan pulang itu, estet-estet getah dan ladang-ladang sawit tidak sehijau seperti kebiasaannya. Mengelabu (if there is such word). Saya tumpukan fikiran semula kepada jalan raya dan lagu yang berpasang di radio. Mencemburui keriangan pada suara sang DJ. Felt so insecure. DJ stop being happy, please.

Sangkut-pautnya


Sebab itu saya tidak mahu berpunya, barangkali. Walau bagaimana kuat dan mengarutnya pun rasa cinta dalam dada. Cinta ertinya komitmen. Komitmen ertinya menjadi tua, dan menjadi tua ertinya tidak merasa muda lagi. Saya boleh saja bentangkan antitesis Kiekergaard, bahawa perkahwinan membunuh cinta dengan argumen anehnya, tapi saya tahu saya tidak boleh tipu sesiapa, apatah lagi diri-sendiri. Cinta dan ketuaan ini jelas bersinar di mata saya.

Selepas luahkan semuanya tempoh hari, saya rasa dada semakin bidang, misai semakin tebal dan badan semakin berotot (manlier). Saya mungkin akan terpaksa menghentika secara diktator imaginasi-imaginasi dengan si bisu, dan mulai menjadi lelaki. Ugh. Dulu saya pegang betul-betul dengan jemari hati azam ini. Haha. Sudah pudar. Hendak menjadi lelaki. Ingat senang? Bukan sekadar pasal kemandirian spesis, tau!

Apapun, kau sudah jumpa siapa? Sila bukan tekaan di ruang komen (taktik hina mahukan populariti). Heh. Bukan yang bisu namun berkata-kata dengan keindahannya, tahniah dan takziah; kamu memenangi hati saya lalu dengan serta-merta menghancurkannya. We will never be together. Sekarang, mana buku EDU? Nak buat tugasan.

Comments

Popular Posts