Kata-kata Memusnah

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Pernah kaa seorang budak kecil membisikkan sesuatu ke telingamu dan perkataannya membuatkan kau sugul seharian? Kau asyik terfikir betapa besarnya maksud kata-katanya, dan betapa sakitnya ia mencucuk perasaan, walaupun budak tadi tidak mengetahui kesan sedemikian terhadap kau? Hadirin sekalian, budak itu adalah lubang S. There, I said it.

Kenapa ia menyakitkan, perkataan tersebut? Sebelum itu, saya hendak memberi satu contoh: "Kalau saya besar macam abang, saya ndamau kahwin dengan abang". Dituturkan oleh seorang kanak-kanak perempuan ke atas seorang lelaki malang (*menangis hiba*). Perkataan sedemikian menyakitkan, kerana ia menyedarkan kita betapa tidak tentunya masa depan; barangkali boleh mati esok.

Perkataan itu menyakitkan bukan kerana maksud luarannya (tidak menarik *sobs*), tetapi kerana maksud dalamannya yang memberikan suasana seperti kehilangan harapan. Satu contoh lagi: "Eh, rambut cikgu sudah ada yang putih!". Ia menyebabkan kau berfikir Tuhan mengilhamkan teguranNya melalui anak kecil ini supaya kau ingat hubungan kau denganNya sebelum Dia Mengambil engkau.

Ada beberapa insiden jaa yang memberikan saya rasa termusnah itu, dan saya boleh ingat balik semuanya. Macam bila budak Ramsey neh kata: "Ndataulah" (2010). Bila difikirkan semula, bukanlah rasa termusnah, sekejap jaa. Tidak lama kemudian, kau akan cuba memperbaiki dirimu dan itulah rasa terbina. Hahaha, sudah. Mengarut falsafah sudah. Think I should stop. Kbai. 

Comments

Popular Posts