Hiatus

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Selama beberapa bulan disibukkan oleh beberapa perkara. Ditambah hubungan internet dengan komputer seperti hubungan saya dengan orang tuu (hahahah), memang semakin malaslah berblog. Tapi jujur, rindu menaip dalam kotak putih ini. Microsoft Word pun tidak boleh tanding. Usaha penulisan novel ke berapa entah (kelima, tidak silap) sudah dimulakan.

Praktikum, selesai!

Persepsi orang kau sukar ubah. Kalau perasaan atau pengetahuan barangkali mudah, dengan rangsangan yang betul. Tapi persepsi orang terhadap kau memerlukan usaha banyak untuk mengubahnya. Dan saya menderitai kesan sikap saya yang dahulu terhadap orang lain. Saya masih menanggung sakit dosa bersikap terlalu kritikal dan serius dengan orang lain.

Saya dulunya seorang yang sangat... judgmental. Apapun yang saya nampak, dari politik kepada agama, saya akan cuba menyibuk dan cuba perbetulkan. Walaupun ia damn well straight dead betul. "Betul" dalam kebanyakan waktu condong pada kefahaman saya. Kita semua perjuangkan kebenaran, kan? Sila masuk dalam almari baju dan menangis senyap-senyap kalau kamu tidak. Kita asal kebenaran, berjuanglah kembali kepadaNya.

Justeru, apabila saya dan seorang kenalan diletakkan bersendirian (tidak mengira gender), akan selalu berlaku suasana canggung. Janggal. Awkward, kalau kamu barat sangat. Saya berpendapat orang sukar berlawak, atau mengeluarkan idea, atau meluahkan rasa kerana takut saya menganalisis dan memasukkan dalam entri pada malam harinya.

Orang yang saya masukkan dalam entri blog bukan sasaran kritikan mahupun cacian saya. Saya tidak pernah mencerca orang dalam blog (oh itu sungguh "superfishel"). Saya masukkan kamu, kamu dan kamu kerana kamu semua memberi signifikan terhadap hidup saya. Tumbesaran ruhani, jasmani dan sosial saya. Kalau saya lali, blog ini barang pengingat.

Okay, mulailah bersikap positif! +++++++++++

Comments

Popular Posts