Sebenarnya, Sesetengah Orang Itu

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH


Ada sesetengah daripada manusia suka membiarkan dirinya dihina-hina; bukan kerana tiada pendirian, kerana dia sekadar mahu melihat siapa antara kenalannya yang sanggup mempertahankannya sampai mati. Mungkin juga kerana sudah terlalu terbiasa diperkatakan begitu begini, bukan dihiraukan keadaan hati. Sebab yang penting, ini prinsip hidup sesetengah orang itu, adalah, biarpun dalam kehinaan, dia belajar sesuatu daripada penghinaan ke atasnya itu.

Berbeza dengan mengejek. Mengejek adalah horizon yang jauh lebih 'ringan', lagilah sesetengah orang ini bersikap tidak endah. Bahkan dengan lemah-lembut, sopan-santun menewaskan yang mengejek. Jadinya yang sakit hati, yang rasa rugi lagi hina diri adalah yang mengejek. Mulai merencana ejekan lebih besar, tapi sesetengah manusia itu punya rencana lebih awal (dan Tuhan jugalah Perancang). Sesetengah orang itu, diapapun namanya, tetaplah ia sayang diri.

Kau sesetengah orang itu, atau kau antagonis kepadanya, kau perlu ingat; sesetengah orang itu bukan calang-calang. Bukan keupayaan menyabarkan diri sebenarnya kekuatannya, tapi merasionalisasikan tindakan asas diri. Macam berlian, kau bakarlah macam manapun, kau kikislah sedaya-upayamu, di akhir proses, berlian (sesetengah orang itu) yang jaya.

Bila kita semak semula asal (constituency) dan usul (origin) tindakan kita, macam sebahagian besar ahli aksiologi, kita akan tertawa (menangis [??]) dengan ketidakmatangan. Lalu, kita mendabik dada terpaling pandai mengutarakan isu kematangan konon, isu percintaan konon; padahal itu semua ekspresi ideal, bukan dirian kita. Orang cinta dan matang menghidupi definisinya.

Sesetengah orang begini banyak berkeliaran di merata-rata. Kalau kau mempersiapkan diri, mengasah pisau ejekan dan penghinaan sekadar untuk menjatuhkannya, baik kau simpan pisaumu. Takut entah apa skil dia buat, kau tersadung lalu tertikam hati sendiri. Masa itu dia tidak akan gelak, bahkan akan membantumu bangkit, menambah sakit atau menyentuh hatimu.


P/S: Nassim Nicholas Taleb dalam 'Bed of Procrustes' menyebut: "Kejahilan yang disengajakan, jika kalian boleh mengamalkannya, mengembangkan dunia kalian; ia boleh mencipta ketakterhinggaan perkara-perkara". So yeah, I won most of the time :)

Comments

Popular Posts