Kamu = Indah

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH


Bunga tulip, kalau musim dingin, cantik saja mengatup kelopaknya. Namun apabila musim bunga menjelma, dengan cerianya ia mekar menampakkan kejelitaannya yang sebenar. Rupanya dalam tutupan mayang itu, dedebu yang menanti bayu untuk dipuputkan, untuk disebarkan ke seluruh dunia. Kelihatan seorang budak perempuan bertatih ke arahnya, lalu mencabutnya dari akar. Ah, sekurang-kurangnya dia sempat berjasa!

Dalam diri kita banyak keindahan yang kalau dunia berjaya intai, mereka mahu sungguh-sungguh. Ahli falsafah India, Rabindranath Tagore bermadah, “Ada suatu ketukan kuat dalam diriku; apakah jiwaku yang ingin keluar bebas, ataukah seluruh dunia ingin memasukinya?”. Keindahan itu, bukan ciri-ciri, tetapi jelmaan jiwa kita. James Allen: “Jiwa dan fikiran kita adalah kita”.

Bila orang melihat kamu, ada dua perkara yang mempengaruhi hasil pemerhatiannya; apa yang ada padamu dan apa yang ada pada dirinya (jangkaan, persepsi, dsb.). Pada hemat saya, kebanyakan masa hasil ushanya adalah apa yang ada pada dirinya. Jadi, kalau kamu dilihat tidak cantik di sisinya, jangan risau, itu hanya persepsinya. Jadi, mengapa perlu bersembunyi?

Dan tersenyumlah J

Comments

Popular Posts