Jomblo Happy

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Saya selalu melihat diri-sendiri selaku seorang manusia yang tidak terikat kepada manusia lain, selain ahli keluarga. Di hadapan, projek jangka masa panjang saya adalah kebujangan; bukan kerana tiada calon (ibu akan memarahi saya kerana ini). Bukan juga kerana kewangan (sayalah antara yang percaya mahar perlu bernilai di bawah seratus saja), ataupun faktor lokasi. Tidak. Semua itu sudah berjaya saya bahaskan dalam diri lama dahulu. Projek ini berdasarkan pelajaran yang saya peroleh sewaktu berkunjung ke Krabi tempoh hari.

I am one freaking selfish man.

Iya, saya pentingkan diri-sendiri. Lelaki yang mahukan semua kehendak terdekatnya dipenuhi, yang menggilakan kembara. Lelaki yang tidak mahu dihentikan daripada naik dan turun dari kapal terbang, mahu terus meneroka daerah baharu. Mudahnya, saya lelaki yang tidak berapa sukan dengan komitmen. Dan, sekuat manapun perasaan saya terhadap seseorang, "kasih-sayang" terhadap (kehendak) diri-sendiri adalah keutamaan saya.

Jadi, kau hampir dapat membayangkanlah betapa sukarnya hidup dengan seorang manusia seperti saya. Mungkin pada awalnya 'dia' boleh mengatakan bahawa 'dia' akan menerima saya seadanya, akan tetapi hal berbeza pasti akan terjadi juga. Balik malam, setiap malam. Jaga anak. Selesaikan urusan-urusan kekeluargaan (yang baru). Macam-macamlah. Jika itu berlaku, aku pula bisa bersandiwara tersenyum dan gembira.


Adakah orang mengatakan, perkahwinan pelengkap keimanan. Ahh! Memang betullah iman saya tidak akan sempurna. Kalau sudah berkahwin, lalu berlaku zalim (meninggalkan anak-isteri, misalnya) lagilah berdosa dan rosak iman, kan? Dan yang sudah berkahwin, bolehkah mereka mengatakan iman mereka telah sempurna? Ada kahwin muda, bercerai selepas setahun dua. Sedang yang bujang tidak perlu mentalakkan sesiapa. Senang saja hidupnya.

Iya, mungkin sebahagian daripada keimanan adalah kesanggupan menanggung amanah (atau dalam bahawa inggeris, komitmen). Untuk menjalankan sebuah tanggungjawab sebesar suami/ayah memerlukan ketakwaan yang teramat tinggi. Pengorbanan seorang lelaki yang punya isteri/anak memerlukan mujahadah yang ampuh. Malangnya, semasa di Krabi, saya tidak temukan dalam diri hal-hal sedemikian, bahkan yang hampir berlawanan.


Satu lagi, hati saya sudah tawar: Fatimah telah meninggalkan kesan yang terlalu dalam untuk dirawat mana-mana perempuan. Terkadang, saya malu dengan Fatimah ini.

Comments

Popular Posts