Enggan

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Entah kenapa malam ini mataku tidak mahu tertutup awal seperti biasa. Tapi aku perasan jantungku berdegup kencang, macam dikejar sesuatu. bila aku nilaikan semula, mungkin aku sedang dikejar masa lalu. Atau mungkin aku berdebar ini kerana aku sedang mengejar; mengejar masa depanku. Falsafah zeno dan stoik ada mengatakan, masa yang paling berharga adalah sekarang. Dalam kesekarangan ini, pintu kepada segala potensi ada berjuta.

Kau boleh memilih menjadi mulia seperti membuka sekolah jalanan, atau menjadi hina seperti menyertai kumpulan pengganas. Realitinya, kau tidak boleh lari dari dirimu sendiri. Kekesalan besar bagaimanapun yang kautuduhkan kepada Tuhan, akhirnya kau sendiri juga yang harus menjawab kerunsinganmu (premis 1: Tuhan tidak menolong aku; premis 2: Tuhan tidak wujud; konklusi 1: tiada Tuhan untuk dipersalahkan, atau Tuhan ada dan zalim).

Terkadang, aku mempersoalkan peri-pentingnya perasaan kecewa. Siapa yang mula-mula mengizinkan kau untuk memberi harapan? Selain itu, ia mengaburi pandangan kita tentang penghakiman terhadap diri-sendiri. Aku tahu kita tidak patut berlaku sombong dan pentingkan diri, akan tetapi hidup-mati kita, dari awal masuk ke dalam jasad seorang anak kecil sehingga ia mereput di dalam keranda; bukankah kita sendirian? Maka egoisme apa yang dimaksudkan di sini: tidak menilai letak-duduk dalam ributnya perasaan manusia?

Comments

Popular Posts