Thailand

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH


Saya sebenarnya gusar. Dalam beberapa hari ini telapak kaki ini akan menderap di atas pepasiran memutih Ao Nang. Tidak lama lagi, mata ini akan menikmati kejernihan air lautnya yang sentiasa menjadi buah mulut orang, termasuklah kawan-kawan saya sendiri. Dari situ saya punya set minda yang saya akan bergembira di sana. Ya know, having a good time. Dari situlah kegusaran saya datang. Bagaimana, setelah semua gambaran itu menjadi kenyataan, hati ini rindu mahu pulang ke rumah, kerana yang dicari tidak ditemukan di tempat yang dipergi? Bukankah itu nantinya jadi suatu komedi yang sadis sekali?

Apapun, saya bersetuju dengan kawan saya, Jerome Jaikin, bahawa kami memerlukan suatu bentuk eskapada. Berhadapan kerja-kerja sekolah yang sambung-menyambung dari 3 Januari sehinggalah 14 Oktober, ini mungkin peluang untuk mengenal dan menenangka diri. Tidak, saya tidak mengeluh atas keletihan ini; saya cuma menyatakan bahawa saya penat dan perlukan rehat yang sangat berkualiti, ia hanya ada di Pantai Krabi, Thailand.


Ironi, kan? Orang yang menulis buku tentang kebebasan kebahagiaan daripada materialisme, terjerat dalam idea ketenangan dalam materialisme.

Ah, sudahlah!

Comments

Popular Posts