Peluang & Nurse Aisyah

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Pernah hampir bersumpah tidak akan menjadi pesimis yang kerap menangis lagi. Pernah mahu menjadi manusia yang berjalan dengan tabah dan gagah ke depan saja, seperti tentera yang berarak hendak menghadapi musuh negara. Pernah hampir ingin berhenti mengarut merungut tentang kehidupan yang tidak memuaskan, manusia yang mengecewakan, yang meremukkan jiwa. Namun sungguh, saya ini manusia. Imannya ada pasang surut.

Pada pukul 4.29 pagi ini, saya terduduk menghadap komputer, cuba mengeluarkan apa yang hendak keluar dari kepala otak. Tadi bukan main hendak minta keluar, hendak minta luahkan. Oh ya, pasal peluang. Satu yang selalu memomoki saya: peluang yang tidak akan datang. Aduhai, kekesalan yang dideritai selepas itu. Amat menyakitkan! Menyebalkan sekali.

Kenapa saya bongkar cerita pasal peluang? Kerana saya antara manusia yang diberikan Tuhan peluang, mensia-siakannya, dengan ego tidak bertempat dan kejahilan. Saya rasa mahu lari saja jauh-jauh dari negara ini, khususnya dari si bisu, agar berhentilah penderitaan saya melihat kebahagiaan yang dinikmatinya. Untunglah~hahaha. Poyo nak mampuih!

I'm that guy who couldn't appreciate chance. Sepatutnya, saya hargai peluang selama beberapa tahun ini. Lakukan saja! Buat kerja gila! Kau tidak akan ketemu dia lagi selepas ini. Pun, semua falsafah berkasih yang saya rajin kongsikan di Facebook dan Instagram hilang fungsinya. Sudah hampir separuh dekad. Dan... masih menunggu. Macam orang gila duduk sendirian.

I just couldn't love the way I used to. Selalu sangat tidak difahami. Saya bahkan ada dunia fantasi sendiri. Ya Allah, betapa meringkuknya saya dalam kurungan ini. Kemaujudan. Kejadian. Kecintaan. Konflik antara manusia dan rasa berTuhan. Terkadang, kau terpaksa tanya direct kepada Dia: kenapa ditakdirkan kamu berdua bertemu dan pernah kenal, kalau ertinya saling menyakitkan hati? Baiklah, baiklah... mungkin kita perlu berundur selangkah.

"Encik Yassin, sekarang masa ambil ubat, ya!"

Nurse Aisyah memimpin tangan saya untuk duduk semula di atas katil. Terjengket-jengket saya. Badan rasa sangat sakit. Baru-baru ini, rambut yang memutih makin banyak saya temukan di bawah bantal. Bila tengok cermin, mata semakin layu. Badan bongkok, selalu berbunyi-bunyi. Doktor kata itu normal, dia tidak rasa kesakitannya. Aduhai!

"Nah," Nurse Aisyah menghulurkan dua pil dalam penutup botol.

Saya ambil, kemudian menyambut huluran air sejuknya. Memasukkan pil ke dalam mulut, lalu air diteguk habis. Saya kesat mulut dengan tangan yang menggeletar. Atas suruhan Nurse Aisyah, saya berbaring. Saya palingkan muka ke sebelah kiri, tembus ke jendela cermin yang menampakkan sebuah tasik besar. Langit menjingga, tanda hari sudah hendak lena. Saya layankan saja. Lama-kelamaan, saya pun tertidur dibuai lembayung senja.

Dalam mimpi: dia menghadap sebuah landskap fjord yang berliku-liku. Dia berdiri di atas suatu pelantar batu. Saya ucap salam, dia berpaling. Terus peluk saya. "Kau selamat juga!" dia mengisytihar. Dan keluarga kami pun kelihatan menyusul. Saya senyum.

"Doktor, jantung Encik Yassin tidak berdegub!" bentak Nurse Aisyah.

Comments

Popular Posts