"Oh Tidak, Bukan Kelaziman Lagiiiiiiii!!"

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Kedai penyelamat. Di Bukit Fraser, tiada stesen minyak. Inilah kedai yang jual minyak dalam gelen (RM17/=), yang menghijaukan semula fuel indicator yang merah.
Lamanya tidak buat kerja gila. Maksud kerja gila adalah melakukan sesuatu yang saya tidak patut, tidak mampu dan tidak perlu buat. Macam menghuraikan implikasi budaya drama bersiri terhadap aspirasi negara Malaysia melalui tugasan EDU. Atau memilih tema bahasa sebagai fokus kajian tindakan pengajaran dan pembelajaran Sains. Yeah, that sort of craziness. Dan kebelakangan ini, saya terfikir untuk suatu lagi projek gila, diinspirasikan oleh seorang kenalan. Yang ini kerja gila tahap global. Malaslah mahu cerita di sini. Tunggulah saya pos. Hahaha.

Saya sangat perlu kembali ke gimnasium. Uhlala~besarnya penipuan.
 Kebanyakan orang, mencari makna hidup dalam kelaziman. Entahlah, saya tidak ditakdirkan hidup begitu barangkali. Tengoklah, orang lain sibuk bercuti dengan keluarga, saya pula dengan keputusan untuk menetap di maktab. Heh. Saya ada banyak sebab sebenarnya. Sebab pertama: kemudahan internship. Sebab kedua: mahu meneroka Semenanjung lagi. Sebab tiga: mahu ikut pertandingan lagi. Sebab empat: jiwa muda, masih mahu merantau (biarpun tiada satu pun lesen kenderaan). Kerja gila. Kalau hidup ikut kelaziman, bosanlah.

 Saya belajar, kalau asyik mengungkap kemustahilan, di ceruk situ sajalah kita. Ayuh!

Untuk yang sedang bercuti di samping keluarga, tahniah. Semoga kamu menikmati percutian dengan sebaik-baiknya. Untuk yang jauh dari keluarga: hell yeah! Barulah pasukan #youngandfun. Jum, sementara aset komitmen tidak banyak, jum kita buat kerja gila.

 (kembali melayari YouTube)

Comments

Popular Posts