ORITEK

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Pernah kaa kamu jalan-jalan di sebuah lorong sempit, kemudian ternampak seekor anjing garang diikat dekat tiang di depan? Kamu sudahlah cynophobia (fobiakan anjing). Tetapi kamu tiada jalan lain, itu sajalah jalan ke depan. Penyelesaiannya, kamu teruskan jaa jalan, dengan menjauhi anjing tersebut. Begitulah saya rasa semester neh, cuma yang ini terpaksa dihadapi.

Komitmen super banyak. Urus debat, forum, pidato dan ORITEK. Tugasan sudah diedarkan, dan nama pensyarah praktikum sudah keluar. Neh, nda lama lagi akan ke Universiti Malaya untuk menyertai suatu debat (ASTAR, namanya), tapi sekadar penyelidik (peribadinya, saya seronok jadi penyelidik. Dapat belajar baaaanyak benda. Kalau mahu jadi pendebat baik, kau perlu jadi penyelidik yang baik dulu). Bulan empat, Pidato Integriti IIM (mau balas dendam).

Doakan.




Comments

Popular Posts