2014 => 2015

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH
Purata Mata Gred meningkat banyak. Tapi banyak pun, tidak boleh bersaing dengan kawan-kawan sekursus yang lain (sedih). Jujur, semester lepas, dalam kalangan guru pelatih Sains, saya paling rendah pointernya. Ibu asyik men-"ndakpa"-kan jaa, anak kesayangan, kan? Tapi, saya ada sikit risau akka, untuk meneruskan pengajian ke peringkat ijazah apalagi PhD. Saya kepingin gila ada partikel 'Dr.' di depan nama saya. Dr. Mohd Yassin. Tapi, tuulah. Kalau perangai sambalewa jaa, tak jauhlah. Kalau saya jadi pensyarah, siswa yang paling unik fikirannya paling saya sayang. Dan saya kangen banget sama itu selfonnya One Plus One.

Saya sangat nakal dalam tahun lepas. Saya tidak berjaya memenangi mana-mana aktiviti luar kurikulum. Saya kurang berjoging (sebab, sekali joging, turun satu kilo daa. Balik cuti baru-baru ni, hampir dua kilo naik. Kalau balik kampung, memang makanan nda se-vogue makanan di sini dengan Seoul Garden dan Marry Brownnya). Saya gagal menjalankan banyak amanah yang sepatutnya saya pikul. Saya remukkan banyak hati. Maaf~

Tahun neh, saya berani mengaku, memang akan jadi getir. Saya malas bercerita di sini, kamu tengoklah, perhatikanlah, ceraplah. Kamu akan sendiri terpungas-pungas saya ke hulu ke hilir (dengan andaian, kemalasan tidak menguasai diri). Praktikum tiga bulan, kajian tindakan lagi - wuhuu! Kalau bukan kerana Tuhan dan kuasaNya, naya. Dan kawan-kawan di sekeliling yang menegur, baik sembunyi-sembunyi mahupun berdepan, menyakitkan ataupun tidak, memang banyak bantu. Gua respek kamu olang suma! Purata Mata Gred: kamu pergi jauh-jauh.

Bencana di sana-sini. Pergolakan politik dunia, kerancuan harga minyak, dan macam-macam lagi. belum kira desakan-desakan keluarga untuk jawapan kepada soalan, "ada cewek Abang Ochin neh, kan?". Hahaha. Mungkin adik-beradik nda sabar menimang anak saudara. Seriau-gatal-gelebekyeng. Sedang membina idea berbeza mengenai perempuan neh. Tengoklah macam mana. Bhahaha.. Amboi kenyataan! Kalau saya artis, masuk Melodi sudah.

Saya ndakan kata, "Be good to me, 2015!". Ini kata-kata saya, "Be good to 2015, Yassin! And to all humanity. And to your surrounding people. And to thy friends. And unto you, as well". Panjang pulak leteran kali neh. Lama nda pos apa-apa, kan? Tapi, peduli apa. Blog ini semestaku. Aduhai, 2014 belum cukup mengajar kaukah, Sin?

Nak mandi. Bas nak gerak, sudah (amboi dengan slanga Semenanjungnya~~).






Comments

Popular Posts