Pengkhianat Agama

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Selepas berita mengenai sekumpulan penunjuk perasaan yang (dikatakan) dirampas hak mereka berniaga untuk bazaar Ramadhan, satu berita lain menyusul. Saya jarang hendak memaki, lagi-lagi mendoakan agar Allah Maha Adil menghukum keras seseorang, namun berita berkenaan membuatkan saya marah. Ada juga secubit rasa sedih.

Mencari kebenaran itu jalan yang sukar. Petang tadi Puan Normah sanggup bercerita dengan kami pengalamannya kehilangan arah dalam agama sewaktu menjadi penuntut universiti. Beragama tanpa menyedari kebenaran yang dikandung agama berbeza berbanding beragama ikut ibu bapa dan masyarakat. Kebenaran berikan kau kekuatan.

Sebab itu, bila seorang tenaga pengajar tahfiz mencabuli anak didiknya yang dihantar supaya boleh lebih dekat kepada Tuhan, saya marah. Saya rasa sangat benci tiba-tiba kepada tenaga pendidik yang dimaksudkan. Dia boleh guna agama untuk memuaskan nafsunya. Kalau agama ini sudah tidak boleh dijadikan pelindung, ke manakah manusia boleh lari?

Comments

Popular Posts