Apalagi Yang Harus Kusebut Untuk Menunjukkan Rasa Terima Kasih?

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Sembilan persepuluh bulan Ramadhan telah habis. Tinggal tiga hari lagi, dan sumpah, terasa benar diri ini tiada perubahan. Takwa macam tidak banyak bertambah, mudah-mudahan keampunanNya adalah didapatkan sedikit. Malu dengan Tuhan; sudah diberikan bulan begini banyak bonus, masih sambalewa. Semoga Allah ampunkan kita semua.

Pada nota yang lain, saya telah temukan semula beberapa perkara yang saya rasa telah lama kehilangan. Saya sangat hargainya, kawan. Motivasi seperti inilah yang manusia selemah saya perlukan. Dunia ini kejam, kawan. Kalau ada pembebat luka sepertimu, dicantaslah oleh apapun, saya akan bisa bangkit semula dan teruskan perjuangan.

Diakui bahawa diri ini pilih kasih. Diakui bahawa saya selalu lakukan dan putuskan perkara yang jelas berlawanan cara denganmu. Wallahi, saya belajar masih. Mencari erti yang kadang-kadang ada dalam genggaman, dan kadang-kadang lesap. Kalau boleh, sampai mati saya begini. Walaupun dalam penterjemahannya saya lemah, saya serius mahu jadi hambaNya yang solih.

Semoga yang saya mimpikan denganmu, jadi nyata.Ayuh, mulai mengemas diri!

Comments

Popular Posts