Melunas Rindu Kepada Papan Kekunci

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Semalam saya meluahkan perasaan rindu untuk mengunjungi blog dan menulis masukan. Dia membalasiku dengan keluhan yang blognya telah dipadam. Saya hanya tertawa, tapi dalam hati kecil saya masih terbayang-bayang keseronokan menulis entri demi entri. Sewaktu di maktab, selain menangis dan berpidato, inilah aktiviti kegemaran saya.

Jadi, ini percubaan pertama bagi tahun 2021 menulis kembali di sini, walaupun isi dan arah tujunya saya sendiri tidak mampu tilik. Saya tidak jangka akan berkekalan, yalah, namanya hobi seasonal; terjerat di kamar tidur sendiri membuatkan semua aktiviti dalam rumah yang boleh dibuat, dibuat. Saya juga tidak akan berharap orang baca, pun (oh, cringe). Saya cuma harap yang singgah itu, Tuhan limpahkan berkat dan luaskan rezeki. Semoga kalian teguh mendepani krisis wabak ini. Minggu lepas saya sakit-sakitan, ngerinya bukan kepalang.

Kalau kau mahu tahu pasal khabar saya: saya baik-baik di samping keluarga. Tadi petang tercetus epifani, bahawa mungkin kita sebenarnya sudah sampai syurga, sangkin kebahagiaan yang sedang saya raikan sekarang. Pernahkah kaualami perasaan itu? Rasa macam hidupmu lengkap, sempurna; terlalu sempurna dan kau sangat puas, sehinggakan kautak kisah lagi kalau kematian menjengah. Ke marilah, maut (semoga panjang umur kita).

Tapi, kalau kau mahu tahu kenapa saya tidak menulis sebarang pos, sebab saya tiada angin/mood. Menulis pun semakin jarang, jam seharian banyak habis kepada makan, bermain permainan mobil, dan bekerja. Juga liburan di samping keluarga. Ditambah lagi, buat masa ini, saya mulai mengundurkan diri daripada sosmed, maka fikiran saya semakin lembap dan tidak tercabar. Sebetulnya, kebanyakan bahan blog saya dulu dari jalan-jalan dan debat dengan orang asing di Internet, lah. Kaki gaduh bha dulu saya.

Saya rasa sampai sini dulu, lah. Habis idea sudah. Nanti saya menulis balik. Lega rindu menaip di sini terkabul. Sebagai penutup, gambar saya sewaktu di Broga, ode kepada zaman yang jika saya boleh pergi semula, saya akan pergi dan luahkan segala cinta, tanpa sembunyi-sembunyi. Sekadar mahu tahu bagaimana hidup saya jadinya, kalau begitu.

 Begitulah :)

Cantik gila, kamera OnePlus 1 :)
Rindu saiz dan bentuk badan nih


Comments

Popular Posts