Zon Selesa

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH


Kalau kau main PUBG, mod klasik, misi utama kau adalah untuk menjadi satu-satunya yang masih hidup. Triknya, kau perlu berdepan puluhan musuh, dalam situasi perlu sentiasa berada dalam zon selamat yang semakin mengecil setiap masa. Bilamana kau berada dalam zon selamat tu, kau akan berasa lebih - iya, selamat - dan selesa dalam mengatur langkah/strategi berikutnya.

Tapi tidak macam dunia sebenar. Di dunia sebenar, perancangan dan wawasan jagi bengkalai apabila seseorang berada dalam zon selesa. Di zon inilah pelaburan wang, tenaga dan masa paling minima diperlukan untuk terus hidup. Seseorang yang cuba keluar daripada zon selamat itu demi cita-citanya pasti akan terpaksa melabur lebih dalam ketiga-tiga perkara tersebut.

Orang yang suka duduk dalam zon selesa ni ada justifikasi yang senang untuk difahami: "Buat apa ekstra? Cari nahas!". Orang yang suka mencabar batas zon inipun boleh kita mengerti alasannya: "Kalau semua dalam zon selesa, siapa mahu bantu majukan dunia ni?". Pokoknya, di mana pun kita, mestilah ada alasan tersendiri, baik yang personal mahupun universal.

Saya selalu fikir bahawa orang yang suka meneroka zon yang dia 'unfamiliar' sebagai hero manusia. Dia tak gentar untuk berasa penat, miskin dan meringkuk, asalkan 'highest possible good' yang dia rasa dia boleh capai, dia capai. Orang semacam ini altruis; kepentingan orang melebihi kepentingan dirinya. Kata P. Ramlee:

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi


Kepanjangannya, semua orang ada cara sendiri untuk berjuang, berdasarkan macam mana dia melihat dunia. Orang yang tercerahkan daripada yang tercerahkan, sepanjang sejarah manusia, adalah si naif pencabar zon selesa, biarlah ia ditembak dan dibidik oleh orang yang duduk goyang kaki dari atas bukit, dalam zon selamat. If you aren't fighting, find something to fight (for). Haha.

Saya di sini, hidup terlalu selesa, sampai jarang betul membaca/menulis, atau buat sesuatu yang menguji minda, macam yang saya selalu buat di maktab dulu. Kelab oratori saya pun, saya abaikan ja. Haiyoo.

Comments

Popular Posts