Rindu -- Parta 2

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Sebenarnya, ini bukanlah pos mengenai kerinduan kepada apapun. Hanyalah ia mengenai kerinduan saya sendiri kepada blog bersejarah ini; dan bila saya katakan bersejarah, saya maksudkan ini: mengembara, berjalan-jalan dalam PLE7314, makan cendol, berjoging di sekeliling maktab nan permai, main futsal. Okay, propaganda. Mengaku jaalah chair-legs.












Ada waktu kita merindukan kejahilan, kenaifan dan kenakalan kita. Mahu tidak mahu, itulah yang memujuk diri bahawa kita punya sejarah, kita pernah punya kehidupan dan janganlah meroyan minta dimatikan Tuhan meskipun dapur lama tidak berasap atau urusan penempatan belum selesai. Lah ni, saya rasa teramatlah sakit hati dengan khabar angin yang baru bertiup - kami dialienasi, dianaktiri. Dua kali pandang, mungkin ujian.

Amacam, lelaki mithali, tak? Bhahaha. Kita boleh usaha banyak mana; kalau ketetapan rezeki kita ke menukang rumah dan menombak kelapa sawit, ke situ jugalah. Penolakan terhadap ketentuan hanya akan menjadikan penderitaan lebih parah. Alih-alih marah sama Tuhan, lebih baiklah doakan saja sebanyaknya. Kalau asyik berleter sama angin, dapat apa, kan?

Ya, saya tahu kamu malu duduk di rumah lama-lama tanpa menyumbangkan sebarang wang perbelanjaan. Saya pun dalam suasana yang sama. Asyik jadi sasaran sarkasme jaa. Ibu ayah okay; lagipun, bolehlah saya jaga ayah yang baru-baru ini terlibat kemalangan. Sekarang ni, sudah pulih, saya berfikir untuk mencari kerja. Ibu bagi pembayang pekerjaan di ladang kelapa sawit (atau balak). Pedulilah! Pengalamanlah melelakikan ;) *showing guns*

Di masa depan, kalau kamu nampak saya legam, berbadan sado dan berkerinting rambut, maknanya jadilah pekerjaan saya di ladang. Fuh~sudahlah sedia kacak, ditambah lagi kulit sawo matang dan berbadan besar. Baiklah, masa sesuai untuk keluar dari laman ini. Para pembaca yang saya panggil kawan, saya rindu banget kalian. Jumpa nanti, Johnny's, tau?

Comments

Popular Posts