Rindu - Parta 1

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Parta = Part

Sudah hampir masuk bulan keempat sejak saya dan kawan-kawan graduan PISMP IPG Teknik Ambilan Januari 2012 menjalani sesi temuduga SPP (yang saya, dengan rasa diva, jalani di Putrajaya). Kalau haritu berlaku 'conception' dalam perut seorang wanita, sekarang ni bidan sudah boleh baca tanda dah. Hah begitulah analogi malam ini.

Jengkelnya tidak boleh 'justify' perenggan.

Dulu pernah duduk berborak dengan beberapa mahasiswa universiti lain pasal IPG. Fuh~punyalah bersemangat cerita; pasal elaun bulanan, pasal jaminan kerja, pasal dipandang tinggi oleh masyarakat. Tengoklah saya sekarang. Doplohmpatjamtenet. Sel-sel otak banyak yang terputus. Iya, saya MUNGKIN rindukan kerja kursus.

Kejadah; dulu ada kerja kursus mati-mati mengelak, konon kebijaksanaan ukurannya bukan akademik.

Rindunya kafetaria. Sri Kantan. Di mana harga subjektif dan relatif. Tempat berbual dengan Miss Tan pasal Sains (sambil bajet berminat)(hambikngkausejam). Tempat kita kenal hati budi sendiri dalam beratur membuat pembayaran, dan hati budi pensyarah juga. Dulu pernah kena potong oleh pensyarah. Rasa mahu cekik jaa. Sudahlah orang lapar.

Ah, sudahlah!

Comments

Popular Posts