Tidak Pernah Rasa, Kalau Di Sisi Teman

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Kadang-kadang kau keluar dengan orang lain, kau rasa gembira. Makan ais krim pulut, nasi sila, apam lenggang, nasi kandar Kapitan, sate ikan dan sebagainya. Biar panas terik, biar sesak berpapasan. Asal sahaja dengan orang-orang berkenaan, semuanya menggembirakan. Terusir semua kepenatan belajar. Yang bertandang ialah doa-doa agar cuti lebih panjang.

Kadang-kadang pula, kau hanya memerlukan beberapa bait perkataan yang dikongsi, yang disebut serentak, lalu diterjemahkan sendiri-sendiri dalam hati dan fikiran, untuk berasa bahagia. Sepertinya tidak diperlukan apa-apa lagi di dunia, selain keampunan Tuhan, untuk merasakan diri kau lengkap. Kautulis pada langit berbintang memoir berlagukan syukur.

Yang lebih rare ialah dapat kenal dan bersepunya (share commonness), walaupun tidak mengerti maksudnya, punya maksud sendiri, dan/atau mengerti bahawa orang tertentu itu ada maksudnya sendiri. Bukan hendak berseloroh, cuma hendak memberitakan kepada dunia bahawa "aku telah lakukan ini dan itu dengan orang ini dan itu", dan kau berbahagia.


Yang terpaling rare ialah akhirnya, dalam tenggelam-timbul makna itu, lahir rasa sayang, biarpun tidak diucapkan. Perasaan "tidak pernah rasa, kalau pun di sisi teman yang lain". Mengakui diri tidak sehebat yang disangka, ketimbang perbandingan. Lagipun, itu tujuan kenal: meraikan kebersamaan, menghormati perbezaan. Kurang faham entri? Nah, Repvblik:
Yang seakan abadi
Sekali pun kau mengerti
Sekali pun kau pahami
Kupikir ku salah mengertimu

Comments

Popular Posts