Di(tidak)adili

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

NILAI, Rabu - "PENAT!" Itulah perkataan dan luahan seorang pendidik siswa, apabila diminta memberi ulasan berkenaan keputusan minit terakhir penganjur sebuah pertandingan debat peringkat kebangsaan. Penat yang dimaksudkan beliau adalah pengorbanan berjaga sehingga pukul lima pagi, demi menyiapkan huraian usul.

Mohd Yassin bin Mohd Yunus, penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Teknik, dikatakan hampir kehilangan arah berikutan pembatalan penyertaan pasukan debat institutnya. Pembatalan tersebut menurutnya tidak rasional, tidak logik dan zalim, kerana beberapa faktor. Dia dan pensyarah pembimbingnya telah membuat laporan.

"Saya rasa sangat diketepikan. Saya tahu, IPG di mata para penuntut universiti adalah kurang cemerlang, sekadar guru sekolah rendah. Tapi itu bukan alasan mengesampingkan kami."

"Kasihan saya dengan kawan sepasukan yang sudah tidak berpeluang menunjukkan bakat, memandangkan ini tahun terakhirnya menjadi penuntut IPG," tambahnya lagi.

Menurut pensyarah pembimbing Mohd Yassin, Encik Mohd Radzi bin Salleh, perbuatan pihak penganjur dan pengatur kejuaraan jelas menunjukkan sikap tidak profesional dan kelemahan pengurusan. Beliau bahkan, sebagai dipetik, sanggup memberikan pihak penganjur ceramah percuma mengenai tatacara penganjuran debat.

"Bagi saya, tindakan pihak MADUM amat tidak patut," ulasnya lagi.

Comments

Popular Posts