Percubaan Kali Ke-N Membunuh Hiatus
ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH Kesalahan paling akbar seorang penulis boleh buat, menurut sejarawan Antony Beevor, adalah memulai sesuatu penulisan tanpa kesabaran. Beliau percaya, jikalau komponen menulis dalam keadaan belum sepenuhnya matang dan jalan cerita masih belum berkembang, ikhtiar untuk menghasilkan sesuatu karya akan menemukan jalan buntu. Tanpa sistem, metode dan struktur yang jelas, sesebuah projek sastera akan tersudut di gudang gendala. Tapi, padaku--seorang absurdis--jalan buntu itu ( dead end )--adalah suatu euforia. Kita tidak harus membenci penulisan kerana rasa pegal dengan struktur semata-mata. Kita menulis kerana hati mahu bersuara, akal tidak mahu ambil jalan diam bila dihadapkan dengan suatu permasalahan. Kita mahu "mengambil sikap" seperti yang Faisal Musa selalu pesan, dengan kejadian-kejadian sosial yang berlaku di sekeliling kita. Di peringkat intrapersonal, menulis adalah cara kita melawan, supaya "mindaku tak mencekik jiwaku dan lantas tida...









